Assalamualaikum
OK, ini catatan terakhir kembara singkat ke Utara. Dah lama tak menziarahi bumi asal usul tok nenek sebelah my father ni. Kenangan masa kecil tak berapa jelas, tapi sangat melekat di hati. Kem Tok Jalai dan kampung Titi Gajah di Anak Bukit. Selepas aruah my father ditukarkan ke kem Sungai Besi, bermastautinlah kami di Lembah Tengah sampai ayah pencen. Jadi kenangan semasa kanak-kanak dan remaja banyak berpecah - menjadi bilah-bilah hari yang berserakan antara Alor Star, Kuala Kangsar, secubit di Pahang dan selebihnya berkisar di sekitar Shah Alam dan selepas berkahwin jadi warga Subang Jaya.
Anak-anak memang blur, tak tau asal usul leluhur dan kehidupan mereka pun cuma berkisar sekitar USJ ini. anak cucu depa nanti akan jadi orang sini kot, dan mungkin kampung halaman emak ayah tu hanya tinggal cerita dan kenangan.
Kata Ustaz Dusuki, di mana kita dikebumikan, maknanya disitulah asal usul tanah tubuh kita ini. Jadi kalau saya mati di sini maka besar kemungkinan akan dikebumikan di USJ jugalah kan!? Bererti, Allah swt mencipta saya dari tanah yang diambil dari tanah kubur sekitar USJ 21 saya.
Kisahnya.
Siapa menjadi jiran sehidup, apakah akan juga menjadi jiran semati?
...wallahuaklam.
Apapun, sesiapa yang tak jelas bab ni, sila rujuk kepada imam dan ustaz di kariah masing-masing ya. Saya cuma share serba sedikit info dari tazkirah yang pernah saya hadiri dan bab ini ada disebut oleh Ustaz Dusuki semasa mengupas kitab Ziarah Alam Barzah di masjid Al-Falah.
captions: Admin berjubah biru corak Paisley, terpaksa crop gambar sikit sebab admin rasa macam gemuk pula. Hehehe. Lokasi gambar - kampung Titi Gajah, di mukim Anak Bukit. Emak kata rumah Tun Mahathir dulu kat kawasan rumah tok nenek kami juga. Kelass ko Jah!
captions: Admin paksa anak redah semak samun sebab nak tenguk sawah padi yang luas terbentang kat belakang tu!
Captions: Arina takut sangat ambil gambar di tepi sawah sebab saya kata ada banyak lintah!! LOL.
Sebenarnya dalam banyak banyak kenangan, saat bermain kat sawah padi ni yang paling saya ingat. Masa tu saya si comel dalam umur lima, enam tahun kot. Kat tengah sawah ni ada pokok remia. You all tau ke apa tu poko remia? Orang Utara mesti tau kan!
Sebenarnya dalam banyak banyak kenangan, saat bermain kat sawah padi ni yang paling saya ingat. Masa tu saya si comel dalam umur lima, enam tahun kot. Kat tengah sawah ni ada pokok remia. You all tau ke apa tu poko remia? Orang Utara mesti tau kan!
captions: Kalau nak jadi usahawan buluh, boleh cari sumber di Titi Gajah. Sepanjang tebing ni banyak pokok buluh...tak tau jenis apa, bukan buluh Betung kot! Saya ingat lagi masa kecil dulu kalau nak menyeberang ke rumah Tok, mesti naik sampan. Kalau tuan sampan takda, kami adik beradik akan jerit "Tambanggggggg!!!" Tak lama tu muncullah tuan sampan. Kelas kan!? Kampung korang ada? Tak kan!?? hehehehe
Captions: Apalah agaknya orang Melaka, Tangga Batu, tu buat kat batas sawah tu? Teruja? Jomlah beli rumah tepi sawah bang!
captions: Eh! Titi Gajah ada landscape macam ni? Heheheh....Saja berangan! Salah upload gitew.
Berbalik cerita ke Utara, saya rasa jika diberi pilihan untuk menetap seumur hidup bagi menghabiskan umur bersara, saya akan pilih Utara, atau lebih specific, Alor Star. Saya rasa sangat nyaman dan tak serabut kepala otak tatkala berkunjung ke daerah ini berbanding beberapa kota besar di Selatan. Di Alor Star masih pekat kemelayuannya, kita tak rasa kalut nak berlaga bahu dengan bangsa lain especially Orang Indon. Rasa mesra dan selamat saja, tak seperti kalau kita berjalan di Chow Kit, kampung Baru, dan banyak downtown yang penuh dengan wajah asing. Kalau kat Uptown, kita berlaga bahu pulak dengan African dan South American yang menyebabkan kita rasa bagai tersepit di tanahair sendiri. Nak jalan sorang sorang pun takut. Tapi tidak di Alor Star. Rasa aman damai jer.
I just love the landscapes.
Lebuhraya merentasi sawah padi yang terbentang luas. Sesuatu kelainan dan sangat mendamaikan. Banglo mengadap sawah padi... memang awesome.
Setakat ni saya rasa hanya Alor Star yang dapat menandingi kekaguman saya. Selama ni saya rasa seronok dan selamat berakar umbi kat USJ ni. Saya memang berdoa supaya Allah swt merahmati rezeki kami sekeluarga dan dapatlah kami terus menjadi ahli kariah USJ 4 ni sampai ke anak cucu cicit - hatta sampai kiamat. Saya suka rumah sekarang ni kerana semua kemudahan terletak di sekeliling pinggang. Depan rumah saya ada padang, ada masjid, tadika, deretan rumah kedai, stesen minyak, klinik, sekolah rendah dan menengah dan hanya sepelaung saja dari lebuhraya. Jadi sesuailah untuk saya yang malas bergerak ni. Walaupun rumah sekarang terasa sangat sempit untuk anak yang semakin membesar, dah bermenantu, nanti bercucu dan memang wajib diperluaskan kaki persegi depan belakang atas dan bawah kediaman kami ni.
....itulah isunya! Harap harap Allah swt murahkan rezeki! Ameen. Akhir kalam, nanti saya upload lagi gambar, tersimpan dalam HP encik Suami dan seberkas sajak buat peneman malam.
Bilah-bilah hari
terurai bagai manik hujan
jatuh ke bumi
meninggalkan kesan basah kenangan
yang akan meresap
jauh ke dalam lubuk hati
digenggam tak lepas
ditampi enggan pergi
sampai saat menutup mata
bait kenangan akan lenyap
bersama jantung, jiwa dan hati
..tempat tersadung rebah rempah
lagi dikenang
inikan pula tempat leluhur
memahat duka lara bahagia
Catatan dinukil,
di mukim Titi Gajah,
Anak Bukit, Kedah Darulaman.
Ameen!