Quantcast
Channel: diari kasih
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Metos atau Fakta


Perempuan Racun Dunia?

$
0
0
Assalamualaikum

KALAULAH penyelesaian masalah rumahtangga semudah penutup cerita seperti drama Tanah Kubur, maka pasti ramai isteri yang dianiayai suami akan menjadi tersangat riang gembira. Suami jahat yang buta hati dan tandus iman macam suami si Polan itu, akan cepat saja mendapat balasan dalam keadaan penuh keaiban dan kecelakaan. Kalau tak mati disambar petir, mungkin si laki curang tak hingat ini mati digelek lori tangki minyak 20 tayar. Hah! Hamek kau, hancur ranap seluruh tubuh sampai lenyap semuanya sehingga tak boleh nak kenal mana satu kulit dan tulang. Habis satu badan rata atas jalan. Si anu -- yang dahulu sibuk menggatal sampai tergamak berzina merata-rata, pun hancur lumat dek kena lenyek tayar. Lupus segala bentuk dan rupa.

Begitulah kekdahnya, kalau saya yang menjadi penulis skrip untuk drama Tanah Kubur. Memang semua episod untuk musim tu tak ada cerita lain... melainkan semuanya berkisar laki curang yang dapat balasan cash. Ada yang kena petir, sambar dek buaya, dilanggar lori batu bata, kena letup bom 40 tan...bla...bla..bla. P
endek kata, segala macam cara boleh dilakukan, yang sesuai citarasa.

Tapi dek kerana sekarang ni kita dah tak berminat langsung nak tulis skrip atau novel, maka mukadimah penuh emosi ini hanya tinggal mukadimah sepi saja di laman blog ini.

Apapun secara peribadi, saya memang sangat 'hangin' dengan kisah terkini seorang retis yang begitu galak mencanangkan kisah hubungan gelapnya dengan suami orang. Sepatutnya dengan segala bukti dan gambar yang ada, perempuan (dan si laki) sudah boleh diheret ke muka pengadilan kerana mereka boleh disabitkan dengan pelbagai kesalahan sama ada menurut hukum sivil atau syariah. Tapi, mungkinkah? Kes mutaah dan kes nafkah anak-anak pun ambil masa puluhan tahun, tak selesai juga, jadi agak-agaknya kes macam ni nak hanyut ke laut mana?

Apapun, memang dah muak dengan cerita macam ni. Sejak zaman berzaman, species begini memang terus membiak macam nyamuk aedes.

Dah berpuluh ribu  rumahtangga runtuh dek kerenah perempuan yang cuma nampak sign $£ saja kat biji mata tu. Pantang jumpa lelaki yang berduit sikit, mengelupur macam beluncas atas kuali panas. Muka si lelaki macam pecah pintu pun depa sanggup pejam mata saja, asalkan tercapai misi memenuhkan almari dengan segala keturunan Prada Gucci.

Emosi betul kita dibuatnya...

Sepatut seluruh wanita -- sama ada isteri, ibu, opah, nenek dan semua perempuan bermaruah patut bangkit ramai-ramai, buat demontrasi demi menentang perlakuan perempuan zalim merenyam, yang memang suka suka rampas merampas, tak kira sama ada suami orang, tunang orang, kekasih orang hatta atuk omyang orang. Janji, 'kepala agung' tebal dalam dompet si lelaki, maka kulit geleber kedut 1000 pun dihadap juga. 

:(

Jadi, kerana itulah kita kena tunjuk ketegasan kita, 'ganyang' saja si pisau cukur -- pemusnah sebuah keluarga bahagia. Cuba bayangkan akibatnya kalau wanita perosak ini dah aim laki kita, hem memang siaplah... dia akan kerjakan cukup-cukup laki,kita tu, janji dia dapat segala harta, status dan tahta. Dulu masa suami sengkek sapa pun tak pandang. Wah bila dah kaya raya, ramailah penggoda tak bermoral sanggup sua segala-galanya sampai kesudahannya si suami gelap mata, nak bezakan antara tangan dan kaki pun dahntak reti, nak kira satu, dua tiga pun kena ulang 1000 kali...sebab kewarasan dah hilang, akibat ditakluk pemerintahan antara dua kaki. Akibatnya, si polan langsung lupa anak dan isteri. Depa tergamak meninggalkan keluarga begitu saja. Buntang. Putih mata.

Berapa ribu juta kes sudah kita dengar mengenai perceraian penuh airmata dan derita bagi isteri dan anak-anak yang ditinggalkan si lelaki yang sepatut menjadi imam khalifah keluarga mereka. Lebih malang, si suami sanggup mencela dan menghina si isteri. Jahil sungguh lelaki seperti ini. Dia yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan isteri dengan maruah dan nyawanya sendiri, tapi  bertindak sebaliknya pula. Cuba fikir, perempuan mana yang tak meroyan jika diperlakukan sehina sampah? Memang hilang kata-kata....tak tau nak komen apa!

Tapi dek kerana masyarakat anggap kisah selingkuh adalah soal peribadi antara suami dan isteri maka saranan demonstrasi dianggap tidak rasional walaupun hakikatnya kita tahu keruntuhan sebuah rumahtangga adalah antara punca keruntuhan moral masyarakat, dan akibatnya, anak yang sepatutnya hidup bahagia dalam sebuah keluarga harmoni, tenggelam punca. Segalanya keindahan hidup berkeluarga bertukar menjadi igauan ngeri akibat kemunculan seorang wanita perampas! Si bapa lupa anak, si isteri hilang laki! 

Dan lebih malang lagi, dek kerana si wanita perampas ini adalah dari golongan retis selebriti (atau kedua-dua pasangan berselingkuh ini adalah retis), maka ada penerbit TV dan editor majalah yang tergamak menggembar- gembur cerita mereka seolah-olah demi hendak melariskan jualan penerbitan. Dapatlah jadi cover girl majalah. Cerita kisah hidup si perampas dihias indah mengalahkan tokoh negarawan ternama. Tidakkah terfikir, apa perasan anak dan isteri si Polan yang teraniaya. Betapa koyaknya hati mereka melihat wajah si perampas tersengih beriya, terpampang di merata-rata bookstand serta berputar-putar di televisyen? Itulah dunia! 

Semua atas nama dan jenama. 

Nak kata apa lagi?

....kita jumpa di Mahsyar saja!?

Sent from Samsung Mobile

Misteri MAS

$
0
0
Assalamualaikum

Copypaste berita dari bm.harakahdaily.net

Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Mas yang hilang.


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.
  
Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.
  
Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
  
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
  
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.

Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan.
Penumpang dari 14 negara, 38 warga Malaysia
Sebanyak 38 rakyat Malaysia adalah antara 227 penumpang dari 14 negara yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.
  
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat itu membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal.
  
"Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).
  
"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya dalam sidang media di Sepang, dekat sini.
  
Penerbangan MH730 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.
  
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
  
Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:
  
    Jumlah: 239 orang
    Penumpang: 227 orang
    Anak Kapal: 12 orang
  
    1) China: 152 dan seorang bayi
    2) Malaysia: 38 orang
    3) Indonesia: 12 orang
    4) Australia: 7 orang
    5) Perancis: 3 orang
    6) Amerika Syarikat: 3 orang
    7) New Zealand: 2 orang
    8) Ukraine: 2 orang
    9) Kanada: 2 orang
    10) Rusia: seorang
    11) Itali: seorang
    12) Taiwan: seorang
    13) Belanda: seorang
    14) Austria: seorang - Bernama

Misteri MH370; Usah Berteori

$
0
0
Assalamualaikum

SEMALAM saya dan suami yang mengikuti kursus Haji di masjid al-Falah, USJ Subang Jaya berpeluang mengikuti solat sunat hajat khusus untuk pesawat MH370 yang masih hilang. Suasana sedih sungguh dirasai dan saya lebih dukacita apabila kawan lama Masscomm, Lina, memberitahu salah seorang penumpang pesawat adalah saudaranya. Sedih tenguk wajah duka ibu saudara Lina yang masih menyarungkan baju yang sama yang dipakainya ketika menghantar anak lelakinya itu ke KLIA untuk berlepas ke Beijing pada malam kejadian. 

....apabila tragedi berlaku, banyak sungguh kisah duka yang tersirat di sebalik semua tajuk berita yang tersurat. 

Dan ini adalah secebis kisah kapten pesawat MH370 yang saya copypaste dari laman web www.sharelor.net.

#mh730 #captainzaharie 



The brave pilot of MH370 must not go unnoticed. We find out just how passionate Captain Zaharie Ahmad Shah is about flying.

Note: All information found here is publicly available. This post acts as a tribute to the brave Captain Zaharie. Do not politicize, belittle or use this information with malicious intent. Do have respect for him and his family and please have common sense.




Picture


Picture



Captain Zaharie's passions are flying. Even when not piloting the massive Boeing 777, he flies remote-controlled aircraft.

Images below were uploaded on Facebook by Captain Zaharie himself.
Picture



His remote-controlled version of the Bell 222, a lighweight twin-engined helicopter
Picture
Picture
Parts to build Captain Zaharie's flight simulator
Picture
When not flying his Boeing 777, he still flies a Boeing 777 at home
He made a post on http://x-sim.de regarding his setup. To those who don't know, X-Sim is a motion simulator community.

Elo guys,
zaharie here.... pls to join x-sim. About a month ago I finish assembly of FSX and FS9 with 
6 monitors .... with the latest graphic card ( 2 pieces of asus 7970) on one cpu awesome view on 3 panasonic 32 in. LCD HDMI
and 3 touchscreen Dell 21 inches for main (MCP) , center pedestal, overhead panel.
time to take to the next level of simulation.Motion! looking for buddies to share this passion.
Capt Zaharie Ahmad Shah
BOEING 777 MALAYSIA AIRLINES
zaharies@hotmail.com


Besides aviation, he also has a YouTube channel that he has used to upload handy video guides. Here's a video of him teaching viewers how to save electricity by tuning their air conditioner. He truly has a good heart.


He is also an avid chef, sharing different dishes for those around him just like a true Malaysian and Penangite. 

Here are some photos he uploaded on Facebook of his creations:
Picture
Making bihun
Picture




Tiada akhir kalam,
hanya wassalam
hati masih berbalam
pesawat hilang lewat malam

usah berteori
konspirasi
semua berlaku kehendak Illahi

....semoga kesudahannya mampu meneduhkan gejolak di hati.


The Mystery of Flight MH370

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM


teruskan berdoa....



GAMBAR ehsan beautifulnara

wassalam

Hujah bak Anak Panah

$
0
0
Assalamualaikum


TERKESIMA pengacara TV3 mendengar jawapan tetamu yang satu ini tatkala ditanya mengenai kehilangan pesawat MH370. Siapakah sebenarnya Kapten Nuruddin? Jawapan beliau yang cukup kemas bagai anak panah yang tepat terpaku dimsasaran, membenamkan segala resah dan panasaran.

"...kembalilah kepada Allah,"


Kapten Norudin Abdul Majid

Perkongsian maklumat di FB Anak Pendang Sekeluarga menyingkap kehebatan tokoh yang kini menjadi bualan hangat masyarakat #prayformh370.



Kapten Noruddin Abdul Majid sebenarnya sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama Jemaah tabligh, kemudian beliau dipanggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau dengan kehilangan #MH370. beliau juga adalah teman rapat kepada kapten Zahrie Ahmad Shah #pilotMH370. 

...memang tabik hormat kat juruterbang peribadi Perdana Menteri Malaysia ini. Cerita lanjut bolehlah google FB Anak Pendang Sekeluarga ya. Akhir kalam, wassalam.


al-Fatihah

$
0
0
Assalamualaikum


MALAM datang dan pergi
hari ini ada
entah esuk, lusa
kita pergi


caption: satu-satunya gambar kami sekeluarga yang dirakamkan pada Aidilfitri 2013. Engku Rafidah berbaju kurung hitam. Al-Fatihah. 

....tapi yang pasti,
sudah seminggu Engku Rafidah meninggalkan kami,

semoga roh besan yang ku kasihi ini dirahmati Allah swt,
dan ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh,


...bagi yang pernah kenal wajah yang satu ini,
...tapi dah lama tak jumpa; atau hilang khabar berita,
...sudilah kiranya menitipkan doa dan al-Fatihah

Akhir kalam
maafkan segala khilaf, jika ada
semoga aman Engku Rafidah di Sana,
setelah lama menderita,
barah paru-paru menjadi takdirnya,
penyebab arwah pergi,
setelah empat tahun diuji,
.... yang Esa,


wassalam





Coretan Pagi dari Kamar

$
0
0
Assalamualaikum

SEMINGGU sudah berlalu. 

Pagi ini saya menulis jauh dari rumah. Hajat nak berehat sakan. Tapi kelakarnya, semalam kami sekeluarga macam dimasukkan dalam mesin basuh, diputar berjam- jam. Jadi kesudahannya pagi ini semua lembik macam sayur rebus. Kepenatan. Selepas solat Subuh, semua bergelimpangan.

Saya pun 2 x 5.  

Tak larat nak buat apa-apa pun. Alas perut dengan nestum 3 dalam 1. Itu jer yang termampu. Penatnya bukan main. Esoklah kita cerita sebab musababnya ya. Pagi ni sambil menunggu anak- anak burung bangun, saya nak share gambar kek saya yang sangat gorgeous ini, dibuat khas untuk kenalan saya Anie, yang selamat bernikah minggu lalu. 

    

Ya...memang betul saya dah lama tak ambil order.


Tapi memandangkan Anie buat tempahan since Januari, jadi saya terima sebab boleh buat pun persiapan sedikit demi sedikit. Maklumlah, tak ada maid. Jadi tempahan ' bidan terjun' memang saya tak terima sebab banyak benda yang nak disiapkan untuk menyempurnakan sebuah kek yang cantik. Selagi Arina bersekolah sesi petang dan Kasih sesi pagi, maknanya saya tak banyak terluang untuk berkejaran ke sana ke mari. 

Saya tunggu Sabtu dan hari minggu. Jadi bolehlah encik Suami menyupirkan diri kalau saya nak beli segala segala tepung, gula, reben, pasir, simen atau bom tangan. Dan bunga gum paste yang sangat remyah untuk disiapkan itu saya boleh buat sedikit demi sedikit. Akhirnya, berkembang mekarlah sekuntum Peonies. Cantikkan!?

Saya suka peonies yang macam ni, kelopaknya banyak dan kembangnya melebihi selebar tapak tangan mak dara. Bagi menghasilkan sekuntum bunga gum paste yang cantik, kita kena sabar untuk mencanai doh gum paste senipis-nipisnya .

Jangan pakai fondant kalau mengidam bunga yang mekar besar sebab akan kelopaknya mudah pecah berderai kalau doh terlalu kering dan rapuh. Fragile. Kalau tengkujuh, kelopak fondant cepat lembik. So the best option is gum paste.




Ok, inilah hasilnya. Anie minta color combo - pinkish, magenta and white. Saya gubah Peonies, carnations, ros dan ranunculus. Inilah bunga kegemaran saya. Selebihnya adalah bunga renik untuk merimbunkan jambangan. Sebenarnya, memang susah membentuk gum paste menjadi kelopak yang benar-benar nipis. Nak mengikatnya pun satu hal, kalau silap dawai, maka patahlah tangkai. 

Kelopak peonies ada empat ukuran - XS, S, M, L dan kalau suka tambah satu saiz lagi - XL. Biasanya saya akan guna dawai nombor 28 untuk kelopak XS dan S, kelopak M guna nombor 26, kelopak lebih besar boleh guna 24 dan paling besar guna saiz 22. No short cut. Maknanya, semua kena pakai dawai atau tanggung kelopak tak stabil. Patah.



Cantikkan bunga Kekwa ni. Saya jumpa teknik baru membuatnya, dan ini membolehkan saya menggubah bunga menjadi sebesar pinggan (*sengih*). Pengantin memang request bunga ni. Dia nak kekwa warma putih dan baby pink. 


Saya ikut saja apa yang pengantin minta -- kek tiga tingkat dan hiasan dan warnanya (yang memang sedia budget besar untuk kek). 

Sebenarnya, saya memang cerewet bab menerima customer bukan kerana soal bayaran tapi saya cuak sikit kalau dapat yang attitude, terlalu rigid dan sangat pecific. Nak kek macam ni macam ni, design macam ni, macam ni. Langsung tak nak ubah sikit pun. Jadi lebih baik kita tolak awal-awal, bagi mengelakkan keruh di muara. 

Maksudnya, bukan saya tak boleh terima komen atau buah fikiran, tapi biasanya customers kurang arif bab teknikal ni. Dia nak kek dengan segala benda maknika -- semua *bulan bintang* nak taruk -- tanpa mengambil kira benda tu praktikal tak dari segi teknikal atau dari sudut seni kreatif. Dah tu budget ciput. Itu lagilah letih. Jadi, terus terang cakap....lebih baik saya tolak dari awal secara baik. Bak kata orang, jangan sampai 'rumah siap, pahat berbunyi'. 


Jadi maknanya saya tak terima kek budget terlajak murah? 

Oh! tidak. 

Kalau pengantin tak ada budget pun saya buat juga.  Janji tak buat saya macam bola. Harga boleh runding.  Saya boleh bagi design meletup juga walaupun budget RM150. 

Berbalik kek Puan Anie, dia minta emblem terpampang kat kek dengan huruf M dan J. Itu bukan singkatan untuk Micheal Jackson. Tapi initial untuk nama Anie dan encik Suami. Romantika d' Amore gitu....!

Jadi untuk menyempurnakan impian pengantin, akak pun buat lakaran di kertas, lukis pola dan tekap pada canaian gum paste. Tempek pada kek dan letak huruf M dan J serta disudahi dengan lukisan lingkaran awan larat corak bebas menggunakan royal icing. Anie minta pearl bling bling kat keliling kekk tu, pun, akak buat dengan senang hati. Berapa harga kek ni? Ya betul....cecah RM empat angka *sengih*

Ok, setakat ini dulu cerita pagi ini. Nak cari kudap dulu. Brunch! Kita pekena briani gam Johor asli.

Akhir kalam, selamat berhari minggu.

Wassalam

MH370....tbc/

$
0
0
Assalamualaikum





Penghargaan: Gambar ehsan astroawani.com


SEBUAH pesawat hilang, pastilah satu misteri. Maka tidak hairanlah ramai yang membuat andaian tak kurang juga yang mengaitkannya dengan konspirasi. Apa pun hakikatnya, keputusan hitam putih mesti dicapai walaupun cerita sebenar masih belum terungkai. 

Kita baliklah ke rumah, ke pejabat atau ke lubuk masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Walaupun episod ini belum selesai kerana bukti kukuh masih belum dijumpai, tapi sebaik-baiknya kita tak payahlah menjadi pakar tak bertauliah, menganalisis itu ini hanya dengan hujung jari -- melainkan, jika kita juga pergi ke lapangan pencarian. 

Tapi kalau setakat main depan komputer saja, maka sebaik-baiknya biarlah pihak bertanggungjawab sahaja yang menyelesaikan segala penghujung cerita.  

Anggap ini sebuah takdir. Dan memang inilah yang dikatakan takdir,

kerana...

...sebuah pesawat canggih,
dikemudi oleh nakhoda paling berpengalaman,
dibantu anak kapal paling kanan,
penerbangan pula di malam yang tenang dan aman.

Tiba-tiba lenyap, dari radar begitu saja,
tanpa isyarat, tiada berita.

Siapa pun pasti terlunga. 

Ternganga. 

...tenganga luas, sebagaimana terbuka dan ternganganya bumi Malaysia sejak tarikh 8hb Mac, apabila segala jenis macam teknologi canggih menyingkap dan menganalisis seluruh pelusuk lautan dan daratan kita.  Bayangkan betapa jeliknya keadaan jika ada barang hilang dan rumah kita habis di selongkar, peribadi kita dibongkar dan mungkin ada hati, nama dan maruah yang tercalar. Tapi kesudahannya, jika Allah swt menetapkan benda yang dicari itu tak boleh dijumpai juga, maka tetap tak boleh jumpa -- walaupun menggunakan satelit paling canggih atau pun buah kelapa. 

Benda dah berlaku, mengikut ketetapan di Luh mahfuz, berpuluh ribu tahun sebelum manusia dan peradaban ini tercipta. Itu yang kita wajib terima. 

Dan selain itu, apa yang pasti, di sebalik kejadian penuh misteri ini sebenarnya mempunyai pengajaran dan hikmah yang tidak terperi. 

...kita mesti sedar, bukan dunia yang sedang memerhatikan kita, tapi Allah swt yang Maha Kuasa. 

Secara peribadi, saya menganggap kejadian ini adalah masa untuk muhasabah diri sendiri dan anak-anak. Kita sebenarnya sudah tak punya banyak masa. Kalau pun dunia masih belum kiamat tapi kiamat kecil iaitu kematian, sebenarnya sudah tidak sejauh mana. Mungkin kini hanya bertenggek di pangkal tengkuk saja. Jadi maknanya, buatlah apa yang patut Jun.

...jaga solat,
...tutup aurat,
...buat wasiat.

Ya, saya dah buat wasiat. 

Memang sebelum ni dah terfikir-fikir, nak buat pesanan bertulis untuk anak-anak. Encik Suami dah lama buat wasiat walaupun harta duniawi kami tak sebanyak mana, tapi kena buat hitam putih juga supaya esok roh kita tak tergantung macam buah kelapa. 

Jadi selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, saya terus catit segala madah dan pesanan dalam sebuah buku. Saya juga dah taip satu perenggan khas dalam blog dan simpan sebagai 'draft'. Kalau saya mati, baru pembaca blog boleh baca bab itu. Ini bukan gurau senda sebab macam saya kata tadi, kematian itu pasti. Jadi semua orang boleh mati sama ada ketika tidur atau sedang berjaga. 

Dan bercakap bab mati yang berlaku pada bila bila masa saja ini, cuba kita bayangkan perasaan anak kapal dan penumpang MH370 pada malam tragedi. Tentu mereka juga tidak pernah menjangkakan itu adalah penerbangan terakhir mereka kerana pada malam kejadian, pesawat terbang penuh aman, cuaca ok saja, dan semua nampak ok ok saja, tenang saja, aman saja. Tapi hakikatnya, mereka sedang menuju kemusnahan yang tak terjangka.

...bab inilah yang membuatkan saya terjaga dari lena. Maknanya, sesiapa saja boleh menjadi salah seorang penumpang malang, termasuk diri sendiri. 

Jadi, kena bersedia. Kena bagi penerangan kat anak-anak, jika emak ayah pergi secara mendadak, korang kena buat apa. Kena bagi tahu; sama ada perkara paling remeh hingga bab yang paling besar. Saya tulis semua telefon nombor untuk anak hubungi di saat sebab selama ni semua terpendam dalam handphone saja. Hatta nombor telefon sendiri pun kadang-kadang kita ingat ingat lupa. Nombor pin ATM untuk kegunaan basahan, pun mesti ditulis juga (maknanya, kalau kita ada dua akaun bank saja -- satu untuk perbelanjaan runcit satu lagi untuk simpanan masa depan), jadi kena bagi tahu salah seorang anak (biasanya yang paling besar), supaya mereka tak putus belanja dan ada duit nak menguruskan jenazah kita.  

Kita jangan ingat kalau mati, semua nak biar 'masjid' yang urus.  Bak kata Pak Ustaz, kesianlah kat diri sendiri sebab semasa hidup kita punyalah jaga status dan penampilan, tapi apabila mati orang lain yang menguruskan jenazah kita. Lebih teruk lagi, kalau semasa hidup, kita tak pernah pun nak kenal ahli jemaah masjid yang selama ini menguruskan jenazah di kariah kediaman kita itu. Aleh-aleh, apabila dah terbukur kaku, oramg usung juga kita ke masjid sebab anak bini/suami, tak tau buat apa. Ternganga. Dan yang lebih 'kelakar' ada ahli waris yang anggap orang masjid ni macam caretaker mayat emak bapak/waris mereka. Boleh marah pula kalau ada yang tak kena. Kesiannya. 

(Sementelah pula sejak akhir-akhir ni saya suka menguruskan jenazah, jadi semua ini sangat menginsafkan diri sendiri. Jenazah aku nanti macam mana agaknya?)

Dan paling takut ialah bab hutang piutang. 

Hutang maaf, seboleh mungkin saya cuba lunasi. Itulah kerja saya sejak dua menjak ini. Saya cuba cari, sama ada secara nyata atau di alam maya. Saya tulis email dan whatsapp, menyatakan hasrat untuk buka buku baru, maafkan salah silap jika ada. 

Bab siapa salah siapa betul, itu, saya tak mau dah ambil kira sebab kalau nak tetap menegakkan benang basah, tak akan bawa kita ke mana-mana, berpusar dalam masa lalu yang penuh sengketa. Kita pun tau memang susah orang nak mengaku salah, Jadi, kita ikut saja pesanan ustaz,

...kita yang memulakan langkah, hulur tangan, minta maaf. 

Kita boleh cuba sampai tiga kali. Dan kalau si polan masih tak mau memaafkan kita. Titik. Tak perlu lagi nak tersua-sua sebab kita ni semua orang bijak pandai, tahu bab hukum hakam, jadi tak usah panjang cerita. 

Dan saya secara peribadi mengakui, kadang-kadang keadaan dikeruhkan kerana buruk sangka ataupun akibat mulut jahat orang ketiga. Jadi, saya lebih rela selesaikan bab hutang salah silap ampun dan maaf ini di atas dunia, daripada kena cari kat Mahsyar kelak. Eh! Tak anggup komer! 

Jadi kesimpulannya, saya sudah memaafkan semua orang tak kira atas dosa apa sekali pun. Titik. 

Nikmatnya apabila kita dah buat hal yang satu ini. Kawan saya, si D juga mengakui, hati,lebih lapang selepas dia memaafkan bekas suaminya, selepas lebih 20 tahun bercerai. Maklumlah dahulu perceraian mereka dipenuhi sakit hati dan kesumat dendam. Tapi apabila masing-masing dah masuk golongan warga pencen, dah rajin pergi masjid dan hadiri kelas agama, maka timbul keinsafan dan sahabat saya pun whatsapp bekas suaminya dan meminta maaf. Alhamdulillah, si Bekas suami pun balas mesej, mengatakan yang dia sebenarnya sudah lama memaafkan bekas isterinya. 

Kita yang mendengarnya pun, rasa lega. Sengih sampai ke telinga. 

Jadi, berbalik bab wasiat, saya dan encik Suami dah saling berpesan dan bersetuju dengan segala syarat seandainya salah seorang mati dulu. Tapi yang paling penting, sekarang ni kami kena ajar anak membetulkan solat, membetul tajweed mengaji sebab kalau anak tak solat tak mengaji, bapak (emak) mesti dapat habuannya juga. Itu satu hal. Nanti dalam kubur siapa nak sedekah doa dan fatihah untuk kita. Benda ni semua kena ambil kira juga.

Selain tu, kena rajin bawak anak ziarah saudara mara sakit/mati sebab apabila tiba masa kalau emak ayah pergi dulu, anak tak termangu-mangu. Mereka perlu sentiasa diingatkan dengan kematian, sebab iman kita ni macam kredit handphone juga, kena rajin top-up kalau tidak takda hayat.

Bak sepatah pesan encik Suami, kalau kita tak rajin ziarah orang (sakit) mungkin nanti Allah swt tak mengizinkan orang ziarah kita. Jika kita culas nak solat jenazah orang, jangan sedih kalau tak ada sesiapa yang memperdulikan jenazah kita. Memang tak seronok pergi kubur. Tapi, bagi ahli kubur, sedekah doa dan salam daripada orang hidup yang rajin melawat perkuburan mereka adalah satu rahmat yang tidak terkata. 

Seriously, semakin usia menginjak tua, saya semakin merasai tempuh waktu yang tinggal cuma sejengkal. Rasa berdebar-debar saja. Kalau boleh nak bertapa saja, tapi kesian pula kat Arina dan Kasih yang masih belum mengerti apa-apa. Tapi, kalau diselinap jauh di lubuk hati, sekarang ni saya nak buat apa pun, nak pergi ke mana pun, nak makan sesedap mana pun, hanya tinggal rasa saja, 

sebab jauh di sudut hati...

...tetap ingat mati.

Jadi, akhir kalam, kehilangan MH370 itu memang satu misteri, tapi mati itu pasti. 

Wassalam

Al-fatihah Amyschaheera

$
0
0
Assalamualaikum



Innalillahiwa innna ilaihi rojiun

SEDEKAH doa dan al-Fatihah untuk blogger Amischaheera yang memang terkenal di kalangan anak muda terutama Hijabers.

Semoga roh anakanda Amischaheera ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh.


Kredit: Gambar ehsan blog amyschaheera.com dan FB amyschaheera.

Akhir kalam, aunty rasa, sebaik-baiknya sahabat, teman dan kenalan yang masih menyimpan gambar Allahyarharmah dalam keadaan tidak berhijab, boleh delete terus dari laman maya. 

Wassalam

Please Ring Bell for Services

$
0
0

Assalamualaikum

PINTU.


...buka pintu tutup pintu,
jangan lupa ketuk dulu
silalah masuk, 
tapi buka kasut tu.

Pintu,

1001 pintu
pintu rumah,
pintu pagar, 







pintu rezeki....best tu.
pintu syurga...semua nak ke situ!

pintu neraka...
jangan sebut,
semua tau takut,
pintu syurga,
memang semua berebut


pintu
1001 pintu

pintu rahim....?
ini bab lain, 

....hanya yang dah rasa saja
....tau macam mana azabnya
....kalau dah terbuka...
....maknanya apa?
....teran saja,
....selagi kepala baby tak keluar,
....rasalah ya!
















begitulah kisahnya,
pintu
1001 pintu

....tertutup pintu hati,
maknanya pergilah cinta 
jangan datang lagi....

akhir kalam, wassalam
Kota Singa
USS, 22 Mac 2014










Sejuk Perut Emak

$
0
0
Assalamualaikum

ESOK dah nak mula sekolah dah...seminggu cuti, penat juga bertawaf serata alam. Kenduri kahwin tetap menjadi agenda musim cuti sekolah. Semalam, selepas Subuh, saya dan encik Suami berdua saja ke Tapah, meraikan #zulandtika, adik my friend, Intan Jusmira. 




Alhamdulillah, cinta sampai ke jinjang pelamin. 

Inilah dinamakan 'ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bercampur juga'. Tika orang Sabah, Zul pula anak Mami Penang campur darah Mandailing. Kali pertama bertemu di Unitar, sama-sama ambil kursus culinary. Patutlah nasi minyak sedap sangat sebab pengantin lelaki yang memasaknya sendiri untuk tetamu yang sungguh ramai, macam Jom Hebuh gitu. Kalau nak tahu, emak dan ayah ni bekas polis, jiran kepada emak ayah Datuk Siti Nurhaliza kat Lipis dulu. Depa ada enam anak, empat anak, pun ikut jejak emak ayah, jadi polis juga. 

Sejuk perut emak, kan!!!

Emak ayah pengantin pun memang tukang masak handal dan sejak jadi polis pencen ni, sibuk dengan business catering. Jadi sesuai sangat pengantin lelaki pun handal memasak dan satu hari nanti jadi tukang masak terbilang juga. "Kuah, kalau tak tumpah ke nasi, nak tu pah kat mana lagi? Betul tak? "

Sejuk perut emak....!



Ha...pengantin dah penat kacau gulai kawah dengan nasi minyak, jadi dah tak larat nak makan bersuap-suap. 

Bukan senang nak naik pelamin. Penat setahun dibuatnya...tau! Tapi yang penting kaum kerabat dari Sabah dan tetamu semua memang menjamu selera sepuas-puasnya.


Inilah Intan Jusmira, kakak pengantin lelaki. Dulu model meletup ni, zaman saya masih menjadi wartawan di Jelita. Kalau menyelaras fesyen, especially baju tradisional Melayu, saya mesti jemput Intan memperagakannya sebab wajahnya sesuai sangat untuk mengayakannya dengan iras wajah ala ala 'perempuan Melayu terakhir'.



Jadi, kalau tak kerana Intan dan emak ayah yang memang dah saya kenal sangat, memang kami tak pergilah makan kenduri sejauh ini. Kalau tak pergi, mesti Intan merajuk panjang. 

Jadi walau pun cuma sejam, kena pergi juga. 

Arina dan Kasih memang dah jarang nak ikut pergi kenduri kahwin. Budak zaman sekarang memang macam tu, dok ralit mengadap laptop. Handphone pun canggih, boleh download macam macam games.  Jadi cukup susah nak ajak keluar dari rumah. Mujurlah semua IT savyy, jadi emak pantau Via whatsapp group family saja. 





Senangkan, anak dah besar...tak,banyak kerenah.
Jadi, emak ayah boleh 'terbang' macam merpati dua sejoli pulak. Alia pula memang 'kakak mithali' untuk Arina Kasih, jadi lagi senang hati emak ayah. Sejuk perut gitu. Rajinlah melayan adik-adik kalau mama papa tak ada rumah. Mujurlah pula jodoh dengan orang sekampung, rumah mentua Alia dengan rumah kami cuma lima minit berkereta saja, jadi kalau apa apa hal, bolehlah dia pantau. 







Sejuk perut emak yang mengandung....kan! Sejukkkk sangat! Emak ayah makan kenduri, kakak feed adik kenyang-kenyang.

Walau pun tak tinggal serumah. Itulah cara gaya hidup zaman teknologi canggih ni. Semua boleh diuruskan dengan main klik...klik..klik...saja. 

Tapi, ada juga benda yang tak boleh dipesan melalui talian saja. Jadi sebab itulah kami cuma boleh singgah sejam saja di Tapah dan tepat jam 1 tengah hari, kami bergegas balik ke Subang Jaya.

....sebab kursus Haji mula jam 2.30 pm. 

Alhamdulillah, dapat juga kami sampai ke masjid al-Falah walaupun terlewat setengah jam (...haish, lepas ni dah tak boleh pergi mana dah, sampai kursus selesai).  Walaupun kami masih tak pasti dapat pergi atau tidak, tapi masih merayu kasih kat LUTH, dan kami tetap juga istiqomah belajar rukun yang wajib ni....rindunya nak menjejakkan kaki ke tanah tumpah Rasulullah saw yang dikasihi. 

Jadi, walaupun boleh saja google kelas pembelajaran ni via Internet tapi tetap tak sama dengan menghadirinya sendiri. Bak kata pak Ustaz, kalau tertidur dalam kuliah agama ni, tetap dapat pahala juga. Ha...kan best tu Jah! 

Pahala berganda-ganda namanya

:-))




...begitulah kisahnya diari grand mummy and grand daddy (-to-be).

Habis kursus Haji, merpati sejoli pun redah kesesakan lebuhraya Persekutuan, menuju Bukit Jelutung. Ada kenduri kahwin lagi. Emak dan ayah pengantin baru ni adalah rakan sekelas encik Suami, ketika zaman muda remaja dulu, kat ITM...zaman Hell Engine. Jadi memang Shani dan Ham mengharap sangat encik Suami datang...

Alhamdulillah, menjelang jam 7 pm, emak dan ayah merpati sejoli selamat sampai rumah. Leganya. 'Anak anak burung' kat rumah pun selamat sejahtera.

Sejuk perut emak....!

:)) 

Akhir kalam, wassalam
















April

$
0
0
Assalamualaikum



GAMBAR ihsan FB Dr Bilal

Oma Nona Lola?

$
0
0
Assalamualaikum

BALIK sekolah sekolah, Kasih bagi salam..."hai Opah".
balik mengaji, pun, Kasih tegur..."hai Opah."
...Arina pun sama. Adam lagilah mengada-ngada. "hai Pohhhh."

Me....
.....buat kali pertama, saya tak rasa cuak secuit pun. Sebaliknya, rasa sejuk saja telinga. 


Jadi walaupun sejak dapat berita gembira dua, tiga hari lalu, anak tiga orang ni asyik mengusik saya jer dengan panggilan Opah,  dan saya pun senyum sengih macam nak koyak ke telinga. 

Seriously, saya memang tak kisah sama ada nak dipanggil Opah, Maktok, Tok Wan atau apa saja, sebab bukan senang nak dapat panggilan nama ini jika tidak diizinkan oleh Allah Maha Pencipta.  Walaupun panggilan itu melambangkan ketuaan yang nyata, tapi kali ini memang akak dah rela. Kesempatan ini adalah terlalu berharga. Kawan kawan bagi macam cadangan, "nanti cucu panggil kau apa?"

Nona? 
Lola?
Oma?
Grandma?

......excuse me, saya orang Perak. Lahir kat Kota Lama Kiri tau, jadi bangga dengan panggilan Opah. Itu petanda jelas yang kita ni berasal dari mana, betul tak? Jadi itu yang rasa bersyukur sangat kerana setakat ini Allah swt mengizinkan saya melalui detik pertama ini. Terasa sangat istimewa. Kalau panjang umur, dapatlah saya peluk dan dakap baby yang wangi, sewangi syurga itu. Amin. 


Syukran Ya Allah. Syukran.



Alia memang gila, kasut dan lagi pelik rekabentuknya lagi dia suka. Semuanya heels empat, lima inci. Tapi hari ini, benda pertama yang saya warning dia, jangan pakai kasut tinggi.

At least sampai hujung tahun, selepas pantang bersalin 100 hari.



caption: Dulu Opah suka juga catwalk dengan wedges ala ala boomerang. 


Dan, terima kasih juga kepada handai taulan yang mengirimkan tahniah dan doa. Semoga Allah swt meredhai kami sekeluarga dan bakal cucu saya sihat sejahtera. 

p/s: biasanya saya suka mendiamkan saja dulu cerita ceriti macam ni, tak suka nak pukul gendang riuh berkompang sebab benda pun belum matang. Tapi, untuk kali ini saya tiba- tiba tak mampu nak menyimpan rahsia. Sujud syukur tak habis. 

:-)))

Akhir kalam, wassalam. Opah Jun nak balik Melaka pagi ni, sepupu Datuk Roslan nak menikah di Tangga Batu. Permisi ya mbak..... 

Berjimbaran!

$
0
0
Assalamualaikum

MOOD menulis ni macam cuaca juga, kadang-kadang terang. Kadang-kadang gelap. Kalau masa terang tu (maknanya masa happy), rasa nak tulis macam-macam benda. Macam-macam cerita. Tapi kalau musim gelap tu, hati mendung jer, mood menulis pun ke laut. Jadi tak ada rasa nak menulis sikit pun -- memang hilang lenyap. Kadang-kadang tu, mood terlampau gelap, sampai rasa nak tutup blog. Begitulah kisahnya, bolak balik sebuah hati.

Mood hari ini? Oklah....Biasa saja. Tak terang, tak gelap. Jadi, saya nak coret serba sikit saja sebuah kenangan, untuk tatapan sekeluarga. 


caption: Selfie berjemaah ni rukun...macam Ellen Degeneris, kan!

Kisahnya, kenangan bercuti ke Universal Studio Singapore (USS) bulan lepas, bersempena cuti sekolah. Sebenarnya anak dah lama ajak emak ayah ke taman tema ni tapi kami jer buat buat tak dengar sebab malas nak tawaf tempat berjimbaran tu. Memang emak ayah ni bukan jenis orang yang lasak, jadi memang bercatu masa dan tenaga tu. Anak pun tahu. Lagi pun, dah pernah ke Genting, dah ke Sunway Lagoon. Sama saja. 

Tapi, nama pun budak, bukan dia orang nak faham benda tu semua. Janji dapat pergi. Itu saja. 


Jadi, akhirnya si ayah pun bersetuju.  Saya ikut saja sebab kalau bab rancang percutian ni, semua encik Suami yang menguruskannya. Dulu dulu semasa Alia belum kahwin, dia yang jadi PA bapaknya. Tapi sekarang ni, encik Suami yang buat segala arrangement. 

Saya cuma tahu kemas barang dan kemas rumah. Apabila tiba masanya, saya cuma tahu duduk dalam kereta dan encik Suami pandu kereta, penuh hati-hati, di jalanraya.  Kadang-kadang saya tertidur saja sepanjang perjalanan. Nikmatnya. Kan....!

Memang seronok bercuti kalau anak dah besar. Kain baju dorang kemas sendiri. Emak cuma buat pemeriksaan akhir macam kastam. Check lebih kurang, tenguk mana ok, mana tak ok. Baju encik Suami pun, dia urus sendiri. Saya cuma susun dalam beg. Siap. Bab driving ni, kalau encik Suami penat sangat, baru saya pula yang pegang stering. Pecut juga kita jawabnya....

Gitulah kisahnya.

Apapun, perjalanan ke JB ok. Encik Suami tempah bilik di Tune Hotel sebab ada pengangkutan terus ke USS. Alia dah pernah pergi ke USS ni lebih kurang dua tahun lepas share semua tips yang patut dan katanya inilah paling murah dan praktikal. 

Memang betul pun. Hotel Tune cantik, kemas dan bersih. Cuma chandelier besar kat lobi hotel saja tak ada. Itu saja kekurangannya hotel you ni, Datuk Tony. Saya ni memang mengada-ngada sikit, kalau nak bercuti, mesti nak cari hotel yang ada lobi cantik dengan chandelier besar mengerlip macam juntaian sarang lebah kat cabang Ketapang. Barulah sejuk mata memandang.

Tapi, tak kisahlah bab tu. 

Cacat sikit saja. 

Bab lain semua 'lulus'. Dan paling penting dari Tune Hotel ni, kami boleh pergi 'jalan-jalan cari makan' kat Taman Bukit Indah. Semua ada kat situ....AEON, Jusco, Tesco. Dan yang penting, ada Jakel juga. Dekat saja dengan Tune Hotel. 

Kalau ikutkan hati, hendak saja suruh encik Suami singgah jap, tapi takut pula ada yang kena sumpah jadi kain ela. 

heheheh....

caption: Amboi...khusyuk main telefon....jemaah ya! Opah pun sama. 

Cewah, pagi penuh bersemangat ni. Kembang sungguh hati Adam, Arina dan Kasih. Maklumlah orang nak gi oversea, kan. 

Inilah satu Subuh yang paling mudah bagi si emak, sebab belum sempat kejut, mata anak dah celik. Belum sempat suruh, dah berebut-rebut masuk bilik air...mandi...ambil wudhu'. Alahai...sejuk perut emak menenguknya. Kalau hari-hari macam ni, sumpah si emak akan kembali muda sebab kening tak sempat berkerut jadi tak adalah kedut. Mulut pun tak lenguh nak membebel. Jimat suara. Gitu...

....kan.








Ok...confirmed dah sampai sini. Puas tawaf satu taman ni, dari pagi sampai ke petang, kaki masing-masing dah terasa sangat kembang. Jakun betul saya sebab walaupun ramaimkata tempat ni best. Seronok. Tapi perasaan itu yang saya tak ada -- tak terasa hebat mana pun tempat ni. Dah tua kot. dah tu saya ni memang gayat. Jadi memang selalu mengelak naik benda yang tinggi-tinggi, laju laju dan bergegar-gegar. Kesudahan, most of the time, saya cuma duduk dan jadi penunggu saja, anak-anak yang sibuk berbaris sana sini. 

Mujurlah orang tak ramai, jadi sesiapa yang beli tiket ekspress tu memang rugi.










....terasa macam melawat sebuah kawasan yang penuh berhala. Sana sini penuh tugu, penuh patung batu. Berebut-rebut orang ambil gambar. Hem, saya berniat sajalah dalam hati, ini untuk pembelajaran anak-anak.  Bukan teruja mana pun tenguk segala benda ni, 

Apapun, kami langsung tak masuk teman bertema Egyptian tu. Ngeri tenguk patung zaman Firaun, especially tugu kuda or kambing, berbadan manusia tu. Yuks!











.... ramai juga yang menunggu sesi mekap muka macam bertatoo!













Kedai menjual cenderahati bertema Universal Studio. Banyak barang comel dan lucu. 


Mula-mulanya Arina teringin nak beli piala 'oscar' ni.. tertera label 'best husband, best daughter, awesome son...' 

Tapi, si emak yang jahil ni tak bagi sebab teringat ustaz kata, jangan ler simpan patung dalam rumah, nanti malaikat tak masuk. Jadi, batal! Beli saja magnet, t-shirt, mugs...bla...bla...bla. 



Perarakan kereta berhias dengan macam-macam tema. Sesiapa yang suka ambil gambar, kena booking tempat awal-awal di kaki lima jalan utama kat dalam USS, kalau tidak nampak belakang orang sajalah! Kalau tidak, sediakan tripod, shutter release atau monopod!















Adalah persembahan....menyanyi sana, menyanyi sini....lebih kepada miming, sambil,dancing dancing. 



Penuh manusia.....semua bertebaran, melata satu taman teman. 

Begitulah lebih kurang kisah The Roslans berjimbaran di USS yang sungguh memenatkan. Satu badan sakit. Berapa kilo lemak dapat dinyahkan? 

Entah!

Sebenarnya, kami sekeluarga bercita-cita nak tawaf Kota Singa pada keesokkan harinya, tapi perjalanan balik ke hotel yang sungguh lama kerana asyik tersekat-sekat dek kesesakan lalulintas yang sangat teruk di jambatan antara dua kota tu. Dan part paling letih ialah bab kena berkejar turun naik tangga berulang kali sebab nak cop passport, maka kami sepakat membatalkan saja niat.

Cancel. 

Kami terus check-out Tune Hotel pada hari Ahad tu dan check-in pula kat The Grand Bluewave. 

Jadi, kesimpulannya, kalau nak ke USS ni, kena tabah meredah segala susah payah, peluh melengas-lengas. Kalau tidak drive sendiri atau duduk hotel di Singapore. 

Apapun, saya paling cuak tenguk couple yang bawa baby....alahai....menjerit-jeritlah budak budak tu, dengan lapar, dengan penat, dengan menyedut segala asap habuk dan panas matahari. Kesian. Tak selesa baby tu. Memang kalau saya, benda macam ni semua tak main. Masa budak-budak ni kecil dulu, kami tak bawa pergi tempat yang bersesak-sesak. Baby bukan tau nak berjimba-jimba. Depa cuma nak tidor dan makan saja. Jadi agak-agak jugalah.... (ingat tu Alia!)

Ok, akhir kalam, 

wassalam



































Timang Tinggi Tinggi

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM

SEBENARNYA saya sentiasa teruja tenguk baby. 

Tapi, nak beranak lagi tu memang cerita lawak. Tak tercapai dek akal saya, apa lagi encik Suami. LOL! 
Maklumlah, semasa mengandungkan anak bongsu dulu pun saya dah macam sayur lecur, lembik saja. Padahal masa tu tak ler tua sangat, masih lingkungan 30-an. Tapi, masa tu, umur lewat 30-an dah dianggap tua juga. Tapi sekarang ni, dah ramai yang mengandung selepas usia 40.

Bagi saya, memgandung semasa umur kita muda belia, memang banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan umur dah masuk Asar.  Letih lesunya, Tuhan saja yang tahu. Rasa macam bawa beras 10 kilo. Sakit pinggang memang tak hilang. Jenuh! 

Kalau kerja kita ni memang jenis melekap dalam pejabat saja, tak apa. Tapi, wartawan. Kena juga tawaf satu alam, cari berita. 

Jadi, memang tak terfikir pun nak tambah anak. Jadi tumpang seronok sajalah tenguk kawan timang anak. Kita rasa macam nak minta saja. "Eh! Kalau kau tak larat jaga, nak pergi mana mana, kaumpos jer kat aku."

Jadi, ramai kawan yang tanya "you nak anak? Ada orang nak bagi." Bukan sekali dua, tapi bajyak kali. Ada lelaki. Ada perempuan. Ada yang mix dengan orang putih. Memang saya menggigil-gigil teruja....nak sangat anak angkat mata biru. Dah kita ramai kawan yang aktif sukarelawan, jadi NGO hak itu ini, jadi, banyaklah pautannya! Gitu.

Tapi, kalau tanya encik Suami, dia tak akan jawab pun. 

Kita tahulah maknanya. Dia dah tutup buku bab berjaga malam. Dah tua, tak larat nak bangun dah. Empat anak, 15 tahun, hidup berkisar susu, botol, diapers, berkejar ke klinik tengah makam buta....itulah saja kisahnya. Dah masak dah dengan kerenah beranak kecil. Jadi, sekarang encik Suami dah angkat 'bendera putih'.

Tak tahu kalau bab cucu nanti macam mana.  In sya Allah...kalau ada rezeki, bulan September nanti dapatlah kami timang cucu sulung. 

Eh! terujanya. Kalau ikut hati, nak cakap pasal my beloved cucu saja. Tapi, kata orang tu cakap, kena berlapik. Jadi, walau suka macam nak rak pun, saya simpan dalam hati. Tak baik berkompang berlebih-lebihan. 

Jadi, layan diri sendiri sajalah. Kalau duduk sorang sorang tu, kita selak juga page jual barang baby sambil mulut tu tak berhenti....cutenya...cutenya...cutenya. Kalau dah tak tahan sangat tenguk di alam maya, saya ke Subang Parade, singgah kat bahagian barangan baby. Belek itu, belek ini. 

Ada sekali tu, nak jadi cerita, seorang promoter nimtegur saya. Agaknya dia perasan saya selalu habis masa kat ruang baby. Jadi, dengan ramahnya dia tegur, "akak nak beli baju anak? Ini koleksi baru. Dah scan ke, laki perempuan?"

Mak ai....nak tergelak pun ada, nangis pun ada. Aku ni nampak muda lagi ke? Or my tummy is so buncit, nampak macam orang mengandung sulung? Kena pakai korset ni....crony saya dulu dah mereput, mana nak cari korset kukuh cerut perut? Lol!

Kita pandang dia lama juga, dia senyum nampak innocent jer budak tu. 

"Eh...idok ler dek. 
Mau runtuh hospital tu kalau orang tua macam akak ni terjerit-jerit nak beranak!"

Ha, tergelak besau kau....sampai berair mata. 

Tapi, memang pun. 
Tak boleh saya bayangkan kalau betul umur macam ni nak mengandung lagi. Dulu semasa mengandung sulung, saya suka mengusik emak, "haaaa.....kalau mak nak beranak sama pun takpa. Boleh kita kongsi barut."

Emak mesti cakap..."kamu cakap merepek wati oii!"

Sekarang ni, giliran Alia pulak menyakat kita.

Eh! Ada tau kes, emak dengan anak saing mengandung & beranak. Kan ramai kita jumpa kes anak sulung dengan adik bongsu sebaya. Anak saudara dengan busu sama-sama sekelas di darjah satu. 

Nak jadi cerita,  si anak tak jadi nak manja manja dengan si emak, terpaksa menumpang berpantang dengan mak mentua. Emak sendiri pun dok sakit perit tunggu hari atau menyapu jadam sambil menahan sakitnya breast engogement. Silap haribulan duduk sebelah menyebelah dalam wad bersalin tu. Lagi haru.

Apapun, walaupun cerita ni bunyinya macam lawak, tapi hakikatnya kalau dah mengandung pada usia senja tu kena redha saja. Walau pun anak dah ramai, dah besar panjang, tapi kalau melekat juga....ucaplah alhamdulillah. Macam saya dulu, masa taunmengandung si Kasih, nangis juga. tapi selepas tu, senyum. 

Kisahnya, kawan saya Dr R ada mengadu, ramai juga si emak yang datang merayu kat dia untuk menggugurkan kandungan. 

"Doktor...anak saya dah ramai. Tak mampu nak jaga dah yang ni."

Senangnya cakap. Nak buat abortion tu macam nak buang air besar saja.  Sebut 'nak buang' macam tunsaja. Kalau budak yang mengandung anak luar nikah buat kerja macam tu memang satu hal. Depa takut, malu, atau memang tak suka dan tak peduli pun bab halal haram, dosa pahala. Apa nak jadi kat janin tu, depa tak peduli. 

Tapi, ini emak yang waras, ada laki, tapi tergamak nak gugur janin sendiri. Tak tau nak kata apa. 

Biasanya Dr R akan tolak mentah mentah permintaan tak logik tu, dan dia siap bagi lecture lagi kat pesakit tu. "Kak Jun, kalau dia nak gugur kat lain, I tak boleh kata apa. Tapi not in my clinic."

Begitulah kisah. Tapi, kalau datang kat saya, memang saya booking anak dalam perut tu awal-awal sebab ramai sangat kawan saya yang mengidam nak timang baby. Kebanyakannya ibu tunggal dan 'andalusia'. Duit banyak, anak dah besar, nak shopping dah tak larat. Ada kawan saya ni, kerjanya berjalan ke luar negara. Instagram dia penuh dengan gambar kembara solo. 

Duit dah jadi limpahan sungai, mengalir tak berhenti jadi kalau yang tak kahwin tu, anak saudara untung. Semua makcik kaya raya, semua dia sponsor. 

...and ada kawan saya si ibu tunggal ni, yang minta kongsi cucu. 

Jun...cucu kau cucu ku juga ek! Aku memang tak kuasa nak bela budak kecik...tapi suka timang-timang. Kita share okeh!!

Boleh gitu? Buatlah apa saja, janji happy. 



Gambar ehsan FB Lily Haslina Nasir. 

Akhir kalam, saya nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kawan yang sama-sama berjuang semasa di Jelita dahulu, Lily Haslina Nasir yang dikasihi, yang sudah selamat melahirkan anakanda comelnya, Airis Cempaka pada hari Ahad lalu. Tak berani nak sebut anak bongsu, takut ada lagi selepas ni...hihihihi. 

Apa pun, memang tabik spring sangat kat Lily sebab dia masih kuat melalui proses kehamilan dengan jayanya pada usia mencanak 40-an. Tapi, Lily muda banyak sangat dari saya, jadi, masih molek manis lagi tu. Kalau nak tau, semasa Lily mengandungkan (yang kami ingat kali terakhir) dahulu, kami sempat buat assignment bersama-sama mengenai pasangan yang kahwin lari dan bernikah di Sempadan Siam. Sebuah topik yang sangat mencabar sebab kami terpaksa mengembara di sebuah daerah yang sangat asing dengan segala kemungkinan dan risiko tak terduga. 

Memang kami (+ Khairol Bariah, sekarang penerbit Rancangan Nona TV3) tawakal saja, terbang ke Kota Bharu dan cari anak Kelantan berdarah Siam yang boleh membawa kami ke tempat dihajati. Akhirnya, berjaya juga kami menyeberangi Sungai Golok dengan bot enjin sangkut yang uzur tu, untuk ke Narathiwat. 

Memang kuat semangat Lily sebab dengan perut besar tu, dia steady saja duduk dalam bot yang sebenarnya digunakan untuk mengangkut ikan dan sayur dari pasar Takbai. Kami redah saja pasar uang becak dan busuk itu, dan naik kereta sapu untuk masuk keluar kampung di sepanjang Sempadan menuju Narathiwat. Memang penuh adventure, teksi sapu yang uzur, dah nak tercabut pintu tu. Jadi saya kena pegang pintu kereta tu kuat kuat sebab pakcik driver yang dah sangat tua itu masih gagah pandu laju. Lantai kereta pun dah berlubang-lubang. Cubalah bayangkan keadaan kami yang berhimpit macam ikan sardin. Saya rasa nak muntah. Pening. Tapi Lily yang tegar, steady aja. Diurut-urutnya pangkal leher saya. Ku urut usap perut Lily...."sabar ya baby...sian dia."

Tup-tup, balik dari Narathiwat, saya pula confirmed mengandung si Kasih. Ha, orang tau kata, menjangkitlah tu. Jadi, kalau sapa yang terasa nak mengandung, cuba usap usap perut kawan yang dah memboyot tu. Siapa tahu, rezeki Allah nak bagi, semua tu buat pemanis cerita saja. 

....kan!

Selamat timang baby Lily,
... awak buat kita jadi semakin tak sabar nak timang cucu....

Ok, wassalam



kocak hati

$
0
0
Assalamualaikum



BERLALU 
.....satu lagi fasa kehidupan
ditelan masa, 
kini digelar kenangan

dari kota lama
jejak tercetak
hampir ke seluruh alam
entah apa yang terpeta
ada masih jelas, ada kelam,
ada terpadam

....usai satu bab
kini aman dalam dunia kecil
....tanpa nama
tiada jawatan

berkocak air di kali
ada alun kecil di hati




wassalam








Cinta Yang Tercinta

$
0
0
Assalamualaikum


JENUH Juga nak kemas kini blog. Masih banyak yang perlu diedit. Gambar dan cerita yang digarap sejak 2007. Banyak yang sudah basi, tak sesuai lagi ditatap dan dibaca. Dulu rasa ok saja, sekarang ni baru terasa sumbang sambang. Jadi, suka tak suka, kena juga saring semula. 

Bayangkan itu baru blog sendiri, hasil coretan sendiri...sesudu saja daripada seluruh ruang lingkup,kehidupan.  Baru berapa babak, dah rasa nak rabak. Penat duduk berjam-jam. Cari...belek....delete...edit! Memang jenuh nak diadili. Kat Mahsyar nanti macam mana, nak kena tunggu giliran yang entah makan masa berapa puluh ribu tahun. 

Saya terus jadi stress apabila mengingat soal hidup selepas mati. 

...penat mengemas blog, saya kemas rumah. Banyak baju dan barang rumah yang nak dilelong sama ada secara pukal, disedekahkan atau dijadikan hadiah. Melihat timbunan barang yang semua dibeli dengan duit membuatkan hati bermonolog juga. Kalau menabung tentu duit dah setinggi gunung. Tapi nak buat macam mana...sedap membeli mengalahkan lombong emas di belakang rumah saja. 

Begitulah kisahnya....

Tak sabar menunggu kedatangan Mei. Sepatutnya hal ini sudah berlaku sejak lama dulu. 

...bak kata orang bijak pandai, 'biar titik, jangan tumpah.'




....sekarang dalam proses menguruskan badan dan meluruskan minda untuk menghadapi sebuah ujian yang sangat berat tapi demi sebuah kasih dan kecintaan. Ku redahi juga. 

...sambil duduk santai melenggang perut, saya kalut menghabiskan naskhah  Cerita Cinta Ahmad Ammar.  Bukan mudah nak menamatkannya kerana setiap halaman mengundang 1001 rasa hiba. Memang orang yang baik dan beriman itu selalu diambil lebih cepatnoleh Allah Taala.

...wangi sungguh buku ini, sewangi hati bonda Ahmad Ammar agaknya, yang redha dengan pemergian anakanda tercinta. 

Akhir kalam, doa dan al-Fatihah buat imam muda Ahmad Ammar. Wassalam.

Siapa Nak Anak?

$
0
0

Assalamualaikum

KUCING memang suka singgah rumah kami. Mungkin semua tahu kami sekeluarga suka kucing. Jadi selalu sangat ada tetamu tak di undang.

Kami cuma boleh bela setakat seekor dua sahaja sebab tak ada space. Jadi biasanya kami bagi makan saja terutama kicing yang setinggan di lorong kat belakang rumah tu. 

Minggu lepas seekor kucing yang kecikkkkk sangat datang menyinggah dalam laman. Rasa-rasanya baru dibuang orang sebab badannya bersih saja, tak macam anak kucing jalanan. Mesti emak kucing ni rajin membersihkan bulu si anak ni. Dan mungkin juga si emak kucing sekarang dah meroyan sebab anak yang masih menyusu badan dan dibuang di jalanan.

Nyaring mulut kecik ni mengiau...maybe lapar + takut.

Jadi saya pun jamu makan. Habis semangkuk. Lapar sangat dia. Dah kenyang makan, dia tidur. Bergulung saja, peluk diri sendiri.

Nak bawa masuk rumah memang payah sebab dalam rumah ni ada seekor Diva yang anti-social sangat....Mae Eliza namanya.


Ingat kucing sembarangan Mae ni? Rajin membaca. 
...orang tua pun kata, membaca tu jambatan ilmu. Betul tak!



Mae bersungguh-sungguh telaah buku ni, nak cari asal usul keturunan dia. 
Mati mati dia mengaku yang dia tu berasal dari keturunan kucing berbulu kembang!


Ini adik Mae, Dawn Isabella.

Dia ni tak Diva. berjiwa rakyat betul...dalam rumah ni mana ada cicak or lipas yang berani nak tunjuk muka. Habis dikerjakan dek Dawn. 



Walaupun adik beradik...Mae dengan Dawn tak ngam. Suka bergaduh macam anjing dengan kucing.


Apa apa hal, Mae mesti nak menonjol. Dia rasa dia paling comel...gitew. Dawn memang malas nak campur bab bab glamour ni. Janji makan cukup...tidur cukup....lain semua tolak tepi. Sama macam prinsip hidup Adam juga ni...bhahahah ha hahha!


Mae rasa dia bijak sangat kan....jadi dia selalu ambik hati tuan yang suka golak gelek dia...siapa lagi, kalau bukan Kasih. Tenguk ni, sanggup buat homework Kasih. 



....yang si Kasih tu, elok pula hanyut dalam mimpi. sesuai sangatlah tu....kawan baik! I scratch your back...you scratch my back!



DIVA mae....berhaya dengan baju yang aunty Jun jahit.

....hihihihi...

Jadi berbalik kisah si Kecik ni...dah banyak kali dia cuba masuk rumah. Tapi tak berjaya.  



....bagi salam tak berjawab.
...sebut 'hello' pun tak bersambut...
...sian dia.

Terhendap-hendap...terjenguk-jenguk.




....melangkah setapak jer dalam rumah...dah kena sergah dengan Mae Eliza.

Aunty Jun pun tak boleh nak buat apa.

Sejak Si Kecik datang, Mae dah tak mau main kat laman. Duduk terperap dalam rumah...
...bengang betul dia dengan si Kecik tu!




.....memang serius masalah ni!



....tenguk...kesian si Kecik.


Pandai bawak diri. Orang tak bagi masuk, tak apalah...!


....janji dapat makan,
ada tempat tidur selesa, walaupun kat luar rumah aje!
...asalkan tak kena hujan!

kan!

p/s: kalau ada yang sudi adopt kucing ni, please whatsapp aunty Jun ya!


Akhir kalam, wasalam









Don, Dina dan Dayana

$
0
0
Assalamualaikum

SAYA minta maaf jika perkongsian ini menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pihak. Saya sendiri sebenarnya runsing memikirkan hal ini kerana dalam keadaan umat Islam yang semakin bercelaru dan terumbang-ambing mencari arah, timbul satu lagi isu yang mengecewakan saya, sebagai ibu, yang ingin mendidik anak sebaik mungkin, mengikut syariat Islam. Kita nak pupuk sifat 'Sayang Allah swt dan sayang Rasulullah saw'. Kita mencuba sehabis daya untuk mencari jalan yang betul. Jalan yang lurus. 

Dalam pencarian ini, baru kita dengar macam-macam istilah - syiah, wahabbi, taslim, bidaah, syubhah! Allahuakbar, banyaknya simpang siur dan ini membuatkan saya berasa sangat gementar memikirkan anak-anak yang jahil. Nak mendidik anak secara Islami satu hal, nak mencari sumber ilmu yang sahih pun satu hal. 

Jadi untuk selamat, kita ikut arus perdana, bersandarkan pesanan daripada sahabat dan kenalan yang  lebih dahulu belajar agama secara mendalam, "kalau nak cari ilmu agama ni, jangan berguru dengan seorang saja". Jangan taksub terhadap satu nama saja. Tapi kena banyak belajar dan mesti secara bertalaqi.

Ok. Thank you atas nasihat dan itulah yang kita buat.

Maka, proses pembelajaran yang dahulunya dimulai dengan kuliah pagi Tanyalah Ustaz, kemudian mencari tambahan di Youtube, akhirnya saya keluar dari zon selesa dan mula mencari ilmu pergi ke masjid An-Nur yang terletak beberapa meter saja dari laman rumah saya ni. Sebelum ni saya cuma pergi ke masjid untuk solat Tarawikh sahaja. Rekod cemerlang setiap tahun sejak zaman berzaman. Tapi setakat itu saja. Selepas itu masjid hanya dikunjungi jika ada kematian di kalangan saudara-mara dan kenalan.

Tapi selepas menghadiri satu, dua kelas akhirnya saya mula mencari lebih lagi dan kini semua kenangan manis itu menjadi sejarah. Saya ubah kompas. Sekeluarga diangkut menaiki 'kapal baru', walaupun dalam keadaan serba tak tahu. 

Kami suami isteri sama-sama mencari kehidupan akhirat dan meninggalkan segala kekesalan jauh di belakang. Tutup buku. Tak mau pandang. Jalan terus, walaupun terpaksa menghadapi banyak gelombang. Takut tersesat, lalu kami berhati-hati dalam mencari guru.

Kini, mendengar ceramah di youtube atau di televisyen tu hanya sebagai halwa telinga saja sebab kami lebih suka bertalaqi cara terus di masjid. 

Kita ikut jemaah yang besar dan bukan berguru dengan orang perseorangan atau kumpulan tertentu sahaja. Terus terang saya katakan, dalam perjalanan ini, ramai kawan lama lari, ramai juga kawan baru menghampiri.  Dan ada sesetengah kenalan/sahabat tu saya yang bekukan sendiri. Bukan hendak memutuskan silaturahim. Tidak sama sekali. Tapi saya buat garisan yang jelas -- selagi si polan itu masih relevan dengan apa yang saya cari, maka saya ok saja. 

Tapi kalau simpolan masih dengan kulit dan isi zaman lagho dulu, minta maaf, saya terpaksa ikut simpang lain. Jika diizinkan Allah, kita akan bertemu di satu titik persamaan di hujung jalan. Itulah doanya sebab saya jahil, serba tak tahu, jadi iman macam kulit bawang. Nipis. Takut berbolak-balik pula hati. Minta dijauhkan oleh Allah.

Jadi berbalik kepada isu asas yang merungsingkan saya, kisahnya, semalam seorang kawan kongsi kenyataan Wardina Saffiyah di Facebook. 


Apa yang saya baca memang sungguh mengecewakan kerana satu lagi kekeliruan muncul di saat umat Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sungguh menyakitkan dalam mencari kebenaran. Baru-baru ini ketika kes penolakan Hadith oleh Kassim Ahmad, seorang rakan yang anti dengan kebanyakan ustaz terkemuka di arus perdana sekarang ni, berhujah habis-habisan dengan saya. Malas saya nak layan sebab banyak sudut yang saya pandang kalau nak berdebat, sebab jahil lawan jahil, maknanya jahil bertingkat-tingkat. Macam skim MLM.

....jadi berbalik isu Wardina, lantang sungguh dia menyuarakan pendapat mengenai Ustaz Don Daniyal. 

Sedih...memang sesungguhnya saya sedih! 

Bukan kerana saya taksub kepada ustaz Don atau tidak bersetuju dengan kenyataan Wardina Saffiyah. Cuma saya menjadi sangat sedih kerana keadaan ini akan menyulitkan lagi semua pihak terutama ibu yang jahil, yang ingin mencari yang benar, untuk disuapkan kepada anak-anak! 



Macam mana ni? Selama ini kita ke masjid dan surau yang menyajikan kuliah ilmu daripada para ustaz, ustazah dan ulamak yang tinggi ilmu agama mereka. Kita dengar apa yang mereka kata. Kita teliti, kita kupas dan kita hadam. Balik rumah kita ajar anak. Kita cuba menjadikan segala pesanan dan saranan sebagai satu cara baru dalam kehidupan.

Saya tidak taksub ulamak. Tidak taksub masjid. Tidak taksub tok guru. 

Memang ramai yang ajak saya pergi berusrah dan belajar dalam kumpulan lebih kecil kat rumah si polan, si polan dan si polan. Tapi saya tak jawab, cuma senyum saja. Saya ada jadual harian tersendiri, komitmen tersendiri. Memang tak cukup masa 24 jam sehari kalau nak menderu sana dan sini. Saya hanya ke masjid al-Falah, annur dan masjid negeri Shah Alam. Dan jika ada peluang saya akan ke masjid di kariah lain. 

Kita ingat pesanan senior....ikut jemaah yang ramai. Ikut arus perdana. 

Tup...tup...timbul isu Syiah, isu Wahabbi, isu bidaah. Dan apabila diteliti rupa-rupanaya memang ada di kalangan kenalan dah kahwin Syiah. Saya secara tegas bertanya kepada si polan, adik you tu kahwin dengan Syiah. Kan?

Dulu dia tak mengaku, tetapi sekarang dia mengiyakannya tapi dengan alasan, Syiah ada banyak mazhab dan adik iparnya tu Syiah sahih mutlak. Maknanya Syiah beriman (?).

What? Ana tak faham....sungguh tak faham. Macam mana kita nak pesan kat anak, jaga jaga kalau berkawan, jangan sampai terkait dengan kelompok yang salah. How? Now you story me? How? 

Kalau nama seperti Ustaz Don Daniyal juga dipertikaikan kesahihan sumber dan isi ceramah dan tazkirahnya. Jadi apa nak jadi dengan segala jiwanya yang berjuta-juta di luar sana? Kalau betul salah, mana ulamak? Mana cerdik pandai agamawan? 

Dah bertahun-tahun ustaz Don keluar di TV Hijrah? Tak kan ulamak satu Malaysia tak tenguk? tak tegur? Risaunya dengan kemelut terbaru ini. Saya pernah mengikut beberapa kuliah ilmu Ustaz Don di masjid yang besar besar, dihadiri oleh cerdik pandai dan ilmuan yang besar-besar...dan ustaz Don juga sentiasa merujuk kepada orang yang besar-besar dalam kelompok beliau. Jadi, adakah mereka itu semua sekapal dengan Ustaz Don Daniyal? 

Kenapa tiba-tiba hal ini menjadi isu? Saya cari sumber kerisauan Wardina, dan satu temui link ke FB Puteri Nur Dayana (PND).

Pengsan.

Ternyata PND ini sungguh lantang, menyatakan keraguan terhadap ramai ulamak....termasuk Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don. Wardina mengutip sumber dari page PND dan kini benda sudah menjadi besar...sangat besar.

Minggu lepas saya dengar kisah golongan Habib yang popular dengan qasidah itu telah dikritik oleh sesetengah ilmuan agamawan yang mengaitkannya dengan bidaah. Ya, bidaah!  

Inilah satu lagi  term yang sangat popular sejak akhir akhir ini. Cop bidaah digunakan sesuka hati. Salah buat jadi bidaah. Salah zikir jadi bidaah. Salah makan jadi bidaah. lepas satu hal satu hal dan kini belum habis isu Syiah, isu bomoh dan buah kelapa, isu wahabi sekarang muncul lagi isu yang lebih memeningkan yang dibangkitkan oleh Puteri Nur Diyana dan diperhangatkan oleh Wardina.

Saya tak kata Wardina salah atau Puteri Nur Dayana itu salah.

Tapi, sebagai  golongan marhain yang jahil dan cuba membawa anak ke jalan yang benar maka saya benar-benar berharap dengan membangkitkan isu ini maka akan muncullan alim ulamak yang sudi memberi pencerahan. Bukan setakat isu berkaitan ustaz Don atau ustaz Azhar Idrus sahaja.

Tapi pencerahan terhadap semua watak, individu, nama, kelompok, atau kumpulan yang menyebarkan Islam yang kini sudah dibidaah dan ditempelak secara terbuka sehingga menimbulkan kejelikan pula. Sejali lagi saya tegaskan, saya bukan jenis taksub denga mana-mana ustaz atau ulamak.

Saya berkecuali...
...atas pagar. 

Saya cuma mencari sebuah makna yang hakiki. Sedih melihat tukang komen maki hamun sesama sendiri dalam laman FB. Habis keluar segala perkataan. Dah mengalahkan fanpage retis dan selebriti pula. Memang kenyang anak-anak kita kalau mereka membaca segala maki hamun kat FB. 

Kita sebagai emak....kecut perut! Apalah nasib anak aku...Aizu, Alia, Adam, Arina, Kasih. Sekejap lagi keluar pula cucu. Wajiblah kita nak didik agar cinta Allah, cinta Rasul. Tapi kalau melihat keadaan sekarang, memang emak bapak tak boleh tidur. Orang tua tak boleh leka. Tok Nenek tak boleh nganga. 

Dajjal is there...out there...sama ada dalam bentuk istilah, dalam bentuk perbuatan, dalam bentuk bayangan atau dalam keadaan nyata...satu figura yang akan muncul seperti dinyatakan dengan jelas qdalam al-Quran.

....inilah ketakutan yang sebenar, ancaman yang sebenar kepada umat Islam sebelum kita mati dan bangkit semula mengadap Allah Taala! Allah swt menzahirkan Dajjal sebagai ujian iman terbesar kepada umat manusia kerana syurga Allah itu mahal dan hanya yang benar-benar mencintai Allah swt sahaja yang mendapat imbuhannya. 

...letih memikirkan hal ini.

Tadi, dalam kuliah Dhuha, ustaz Dusuki berpesan sekali lagi, rajinlah berdoa dan berzikir. Inilah kekuatan sebenar umat Islam.

Jadi, Wajib sangat berdoa, agar tidak terpasung dalam kebatilan yang kelihatannya benar dan kebenaran yang difitnah sehingga nampak seperti kebatilan.

Dalam kuliah Subuh Ahad lepas, Ustaz Sallehuddin telah berkongsi satu doa yang elok dibaca ketika di tahyat akhir, sebelum beri salam. Doa ini khusus untuk kita memohon kepada Allah swt agar dijauhkan dari azab kubur, azab neraka jahanam, kesesatan ketika hidup dan sewaktu nazak nak mati dan juga kesesatan yang dibawa oleh Dajjal al-Masih. 






Doa ini dia,bil dari kitab Perisai Muslim terbitan Telaga Biru.

...akhir kalam, wassalam



Viewing all 408 articles
Browse latest View live